Monday, March 31, 2008

Mingu ke Tujuh (Minggu Cuti Penggal Pertama)

Minggu ini adalah minggu cuti sekolah penggal pertama bagi murid-murid iaitu bermula dari 20 Mac 2008 sehingga 30 Mac 2008. Pada hari Isnin (24 mac 2008) dan Selasa (25 mac 2008), saya ke sekolah untuk membantu guru-guru melatih dan bermain netball dengan murid-murid yang akan mewakili sekolah bagi Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Daerah Belait yang akan berlangsung pada 12 April 2008. Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini.

Minggu Keenam

Minggu ini merupakan minggu murid-murid membuat pembetulan bagi kertas peperiksaan yang mereka telah duduki pada minggu lepas. Pada minggu ini, pengajaran dan pembelajaran saya tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana tempat-tempat seperti dewan dan kawasan lapang telah digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti bermain bola jaring dan senaman.

Friday, March 14, 2008

Minggu Kelima

Pada minggu ini, saya mengajar seperti biasa seperti mingu-minggu sebelum peperiksaan. Cuma sebelah petang pada hari rabu, Saya, Megawati dan Sarena ditugaskan untuk menolong guru-guru sekolah ini membersihkan stor dewan dan dewan sekolah. Pada 12/03/2008, saya diarahkan untuk men'relief' Pra B pada pukul 11.30 - 12.00 tenghari kerana Pra sekolah balik pada jam 12.00 tengahari. Begitu juga pada 15/03/2008, saya diarahkan untuk me'relief' darjah 4C pada pukul 11.30 - 12.00 tengahari. Pada setiap pagi sabtu, saya akan bermain netball dengan guru-guru sekolah ini berlawan dengan murid-murid perempuan yang sudah terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring bagi Daerah Belait pada bulan akan datang.

Sunday, March 9, 2008

Bilik EPPS

Di bawah saya ada sertakan beberapa keping gambar kelas EPPS Sekolah Rendah Ahmad Tajuddin, Kuala Belait bagi mewakili kawan-kawan saya yang lain.





Wednesday, March 5, 2008

Pengalaman Baru Saya

Hari ini 06/03/2008 saya ditugaskan untuk menyemak kertas peperiksaan murid Bahasa Melayu 2 bagi semua darjah 4 iaitu 4A, 4B dan 4C kerana cikgu yang sepatutnya mengajar subjek ini menghadapi masalah peribadi dan dia meminta bantuan saya untuk menyemak kertas-kertas ini.

Tuesday, March 4, 2008

Minggu Keempat (Minggu Peperiksaan)

Minggu ini, kami ditugaskan untuk menjaga murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan mengikut jadual waktu masing-masing. Bagi murid-murid Rendah Bawah mereka hanya menduduki peperiksaan selama dua hari iaitu dari hari Isnin hingga Selasa sahaja. Manakala murid-murid bagi Rendah Atas akan menduduki peperiksaan selama empat hari iaitu bermula hari Isnin dan berakhir pada hari Khamis.

Saya akan mengajar subjek PE seperti biasa pada hari Khamis bagi darjah 2B iaitu pukul 8.30 - 10.00 pagi dan darjah 6B pada hari Sabtu iaitu bermula pada pukul 7.30 - 9.00 pagi. Bagi pengetahuan cikgu, setiap hari sabtu bagi selepas perbarisan pagi dalam pukul 7.15 - 7.30 pagi murid-murid akan melakukan Senamrobik dengan irama yang akan didemonstrasikan oleh guru-guru yang ditugaskan. Selain itu, guru perempua juga akan mengadakan latihan bermain bola jaring dengan murid-murid yang akan mengikuti perlawan bola jaring antara sekolah-sekolah daerah Belait. Kadang-kadang aktiviti ini akan mengambil masa yang agak lama yang menyebabkan sesi pengajaran terlewat.

Sunday, March 2, 2008

Minggu Ketiga (Minggu Ulangkaji)

Minggu Ketiga murupakan minggu ulangkaji bagi semua sekolah-sekolah rendah di daerah Belait. Pada hari Isnin, pada pukul 8.00 - 8.30 pagi saya diarahkan untuk me'relief' darjah 6A di mana mereka saya berikan kertas latihan matematik yang telah disediakan oleh guru subjek mereka. Pada pukul 8.30 - 10.00 pagi, saya mengajar darjah 3B dan darjah 3C. Pada hari itu, saya mengajar mereka kemahiran asas sukan melompat. Pada minggu ini saya telah menyediakan satu perminan kecil yang saya ubah sedikit cara permainanya yang dinamakan 'Permainan Dolphin' dan alat bantu mengajar yang saya gunakan adalah seperti bola plastik kecil, bakul sampah dan kain sarung yang saya bawa sendiri dari rumah. Mereka berasa seronok dan puas melakukan permainan itu. Kerjasma dan pesefahaman adalah penting dalam melaksnakan permainan itu. Pada pukul 10.30 - 11.00 pagi saya diarahkan untuk me'relief' darjah Pra B. Saya berasa seronok menjaga darjah Pra B kerana mereka semua pintar-pintar dan comel-comel walaupun hanya menjaga mereka selama 30 minit.. Mereka petah bercakap dan menjawap soalan yang saya berikan secara lisan. Selain itu, saya juga mengarahkan mereka supaya mengeluarkan buku teks Bahasa Melayu mereka sambil membaca bersama-sama.


Pada hari Selasa, saya mengajar PE seperti biasa pada pukul 7.30 - 8.30 pagi mengajar darjah 1B dan pukul 8.30 - 10.00 pagi mengajar darjah 5B. Untuk darjah 5 hingga 6 saya akan mengarahkan mereka untuk melakukan beberapa latihan kecergasan seperti Lompat Jauh Berdiri, 'Push Up' dan 'Shuttle Run' dengan memberikan mereka borang ujian kecergasan supaya senang bagi mereka merekod segala pencapaian yang telah mereka jalankan sepanjang waktu kelas PE mereka.


Pada hari Rabu, saya hanya ada 30 minit untuk mengajar Sivik sahaja dan saya tidak ada mengajar kelas PE. Pada masa saya yang tidak mengajar, saya telah diarahkan oleh Mentor dan CT untuk menolong mereka menstaple kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 dan 2 bagi Darjah 6 dan menjaga darjah 3B.


Pada hari Khamis, pada pukul 8.00 pagi saya diarahkan untuk membantu cikgu-cikgu English untuk mempotostat Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 1 dan 2. Selepas itu, saya ada kelas dari pukul 8.30 - 10 pagi mengajar darjah 2B. Pada pukul 11.30 - 12.30 tghari saya diarahkan untuk me'relief' darjah 4A. Saya mengarahkan mereka untuk turun ke dewan untuk bersukan kerana diwaktu itu sememangnya kelas PE mereka yang sepatutnya diajarkan oleh guru mereka sendiri disebabkan guru mereka tidak hadir kerana membawa murid ke xpo maths jadinya saya yang menganti sementara mengajar mereka PE.


Pada hari Sabtu, saya akan mengajar PE bagi darjah 6B bermula pada pukul 7.30 sehingga pukul 9 pagi di dalam dewan di mana kelas saya perlu berkongsi dengan darjah 6A dan 6C yang dibiarkan oleh guru PE mereka untuk memlakukan aktiviti masing-masing. Ini adalah kali pertama saya masuk mengajar bagi kelas ini (darjah 6B). Saya ajar mereka sama tajuk pelajaran yang saya sudah ajarkan pada darjah 5B. Pada pukul 10.30 - 11.00 pagi saya diarahkan untuk merelief darjah 6A dan mengarahkan mereka untuk membuat latihan ulangkaji yang telah disediakan oleh guru bahasa melayu mereka.
Pada hari Ahad, saya dan Megawati ditugaskan untuk menjaga murid-murid di Pertandingan melukis dan mewarna di Menara Cendera Kenangan pada pukul 8.00 hingga 10.30 pagi bersama cikgu-cikgu yang lain.

Minggu Kedua

Pada hari Isnin, saya akan mengajar PE dua kelas dalam satu masa iaitu darjah 3B dan 3C iaitu dari pukul 8.30 hingga 10.00 pagi. Mula-mula saya agak susah untuk mengawal mereka kerana terlalu ramai dan sukar bagi saya untuk mengenali serta meningati nama mereka. Semasa melakukan aktiviti pengajaran saya, saya terpaksa membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil supaya saya senang menjalankan aktiviti berkumpulan itu mengikut giliran. Mereka seperti kelas yang lain suka membuat bising setelah dilarang diam sekejap kemudian bising lagi. Saya cuma takut suasana bising ini akan menganggu kelas lain yang sedang belajar di bagunan yang berdekatan dengan dewan. Pada hari itu, saya mengajar mereka kemahiran asas sukan Larian. saya menyediakan mereka permainan kecil yang dinamakan 'Sarang Burung'. Mereka semua berasa seronok dengan permainan itu. Kelemahan saya adalah sukar untuk mengawal dua kelas dalam satu masa. Seronoknya mengajar sekolah rendah ini mereka mudah dan teruja untuk ikut serta dalam aktiviti yang telah disediakan. Pada pukul 11.30 pagi - 12.30 tghari saya diarahkan untuk menjaga darjah 2B di dalam bilik RELA 3 mereka. Sepanjang saya menjaga mereka, saya mengarahkan mereka untuk mengeluarkan buku english mereka dan membaca sama fahaman yang telah mereka pelajari.


Pada hari kedua, pukul 7.30 hingga 8.30 pagi saya mengajar darjah 1B yang mana kelas saya perlu berkongsi dewan dengan darjah 1A. Murid-murid dalam kelas 1B ini agak nakal sedikit terutama sekali dua murid lelaki yang bernama Yazid dan Iqbal. Mereka suka meganggu kawan-kawannya yang lain. Saya mengajar mereka kemahiran asas sukan larian sama seperti yang saya telah ajarkan kepada darjah 3. Selepas itu, saya akan menyambung mengajar darjah 5B pada pukul 8.30 - 10.00 pagi. Saya mengajar mereka kemahiran asas lompatan (6 jenis lompatan) dan menyediakan permainan kecil yang dinamakan 'Belalang Belatok'. Saya tidak dapat menjalankan aktiviti permainan kecil itu kerana kelas saya perlu berkongsi dewan dengan darjah 5A dan 5 C kawasannya agak sempit.


Hari ketiga, pada sebelah pagi pada pukul 8 hingga 9 pagi saya, Megawati dan Sarena diarahkan untuk mengawasi murid-murid darjah 4 hingga 6 membersihkan kawasan Masjid Belait. Pada pukul 9 pagi hingga 9.30 pagi saya akan mengajar sivik darjah 5B. Saya mengajar mereka mengenai tajuk 'Tolong-Menolong'. Syukur saya dah agak selesa mengajar mata pelajaran ini walaupun tidak sempurna mana. Mereka pun faham dengan apa yang saya sampaikan dengan memberi tindak balas dengan soalan yang saya kemukakan secara lisan dan kebanyakkan mereka dapat membuat latihan dengan betul.


Hari keempat, saya telah mengajar darjah 2B pada pukul 8.30 - 10.00 pagi dengan tajuk kemahiran asas sukan larian. Mereka sudah mula membiasakan diri dengan pengajaran saya dah tahu lang-langkah yang saya akan laksanakan. Manakala pada hari sabtu adalah hari kelepasan awam sempena Hari Kebangasaan yang ke 24 tahun.

Pengalaman Minggu Pertama

Pada hari pertama, saya datang ke sekolah sebelum pukul 7. Setiap hari sekolah ini akan mengadakan perhimpunan pagi kecuali hari khamis iaitu bermula pukul 7 sehingga pukul 7.15 pagi. Pada hari khamis pula sekolah ini akan mengadakan bacaan Yassin atau Tahlil di Dewan Sekolah. Pada sebelah pagi, kami cuma duduk di dalam bilik rehat guru-guru kerana kami belum diberikan jadual waktu untuk mengajar.

Pada petangnya iaitu pukul 2 sehingga 3 petang, kami dikehendaki hadir untuk diberikan taklimat oleh Guru Besar berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu kami buat sepanjang latihan mengajar di sekolah ini dan kami juga dikenalkan dengan guru-guru mentor dan CT masing-masing. Kami telah diberikan jadual waktu masing-masing dan terus berjumpa dengan mentor dan CT kami. Saya diamanhkan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi darjah 1 hinggalah darjah 6 kecuali darjah 4. Yang mengejutkan saya, saya juga diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Sivik bagi darjah 4 dan darjah 5 walaupun jurusan saya yang sebenar adalah Sukan. Pada mulanya saya tidak berasa yakin untuk mengajar mata pelajaran sivik ini tetapi setelah diberikan penerangan dan nasihat oleh guru-guru sivik, saya setuju untuk mengambil tugas ini sebagai pengalaman baru saya.

Pada hari kedua, kami mengikut CT masing-masing untuk membuat pencerapan cara-cara pengajaran mereka di dalam bilik darjah dan di Dewan. Bagi mengajar PE kadang kala, kelas saya terpaksa berkongsi dewan dengan kelas-kelas lain. Pada sebelah petang pula, kami dikehendaki hadir masyuarat pada pukul 2 petang di dalam Perpustakaan Sekolah. Dalam masyuarat itu banyak informasi dan pengalaman baru yang diperkenalkan kepada kami dan patut kami pelajari, kami semua diberikan taklimat oleh guru besar berkaitan dengan permohonan keluar negeri perlulah dipohon terlebih dahulu sebelum hendak keluar negeri walaupun kami dalam latihan mengajar termasuklah hari-hari kelepasan awam dan cuti sekolah. selain itu, kami juga diajarkan cara-cara untuk mengisi borang 100 jam dan kami juga dikehendaki datang petang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu iaitu pada hari selasa dan rabu.

Saya dan Megawati hanya diberikan 1 hari saja untuk membuat pencerapan tentang cara mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sivik dan hari seterusnya kami diarahkan untuk mengajar kelas yang telah diberikan mengikut jadual masing-masing dengan menggunakan Persediaan Mengajar cikgu-cikgu CT. Di dalam seminggu ini, kami diberi kelonggaran untuk mengajar murid-murid dengan menggunakan persediaan mengajar yang telah dibuat oleh CT masing-masing. Memang saya terasa tetekan dan gemuruh untuk mengajar di depan murid dan CT buat pertama kali terutama sekali apabila mengajar Sivik.

Hari ketiga, saya sudah mula mengajar sivik darjah 5B dan telah dicerap oleh CT saya. Mengajar Sivik merupakan pengalaman baru bagi saya dan pada hari itu saya mengajar agak kucar kacir sedikit. Ini kerana saya tidak membuat persediaan apa-apa sebabnya saya berfikir saya hanya mencerap CT saya mengajar rupanya saya yang akan mengajarnya sendiri. Saya baru tahu pada hari itu, kami akan mula mengajar. Selain itu, saya juga diarahkan untuk menjaga darjah 5A pada pukul 11.30 hingga 12.30 tghari.


Sebelum saya mula mengajar PE, saya telah diberikan tugas untuk menjaga darjah 1B. Setelah itu saya mengajar darjah 2B bagi subjek PE pada hari khamis adalah merupakan pengalaman saya yang pertama menghadapi murid-murid tanpa CT. Mula-mula saya agak gementar serta kurang keyakinan dan takut mereka tidak berapa faham dengan apa yang akan saya ajarkan kepada mereka pada hari itu. Sepanjang pengajaran saya, syukur allhamdulillah mereka faham apa yang saya sampaikan kepada mereka walaupun mereka masih kecil. Masalah yang saya sering hadapi adalah berkenaan dengan 'class management'. kadang kala mereka mengerti dilarang sekali kemudian mereka buat lagi tapi setelah dimarahi baru mereka mengerti.


Pada hari sabtu, pada sebelah pagi pada pukul 7.30 hingga pukul 9.30 kami diarahkan untuk menjaga anak-anak murid pertandingan melukis dan mewarna di dalam kelas bagi darjah 4 - darjah 6 dan di dalam dewan bagi darjah Pra hingga 3. Selepas rehat pula, sekolah ini mengadakan Rentas Desa dan kami 5 orang diarahkan untuk menjaga pancang masing-masing yang berdekatan dengan rumah Pegawai Daerah Belait sehingga pukul 11 pagi. Pada minggu pertama kami sudah banyak pengalaman dan tahu serba sedikit selok belok bagaimana hidup menjadi seorang guru di sekolah rendah.