Friday, April 25, 2008

Minggu Kesebelas

Pada Minggu ini, saya mengajar seperti biasa dan merelief beberapa buah kelas. Bagi PE Rendah Bawah saya mengajar Pergerakan Asas (Lokomotor) iaitu merangkak dan berjalan seperti ketam. Manakala bagi PE Rendah Atas saya mengajar mereka kemahiran Olahraga iaitu Melempar Cakera. Pada hari Isnin petang, saya dan Megawati diarahkan untuk menolong beberapa orang cikgu mempotocopi kertas soalan bagi Kem Motivasi Sekolah-sekolah Daerah Belait di Jabatan Sekolah-Sekolah (Sekolah Rendah Muhammad Alam, Seria).

Pada minggu ini saya diarahkan untuk membantu beberapa orang guru untuk melatih beberapa orang murid yang menyertai acara padang. Pada hari Ahad, kami semua ditugaskan untuk menjadi Guru Pengawas bagi Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Bahagian Pendidikan Swasta Daerah Belait 2008 pada pukul 7.30 pagi di Kompleks Sukan Mumong.






Tuesday, April 22, 2008

Minggu Kesepuluh

Pada minggu ini, saya mengajar seperti biasa. Dalam beberapa hari saya ditugaskan untuk merelife darjah 2B kerana cikgu kelas mereka ditahan di hospital. Saya hanya memberikan mereka beberapa latihan seperti mewarna dan maths. Minggu ini saya mengajar rendah bawah kemahiran asas lokomotor iaitu lari 4 x 10m dan lari Selang Petak. Manakala bagi rendah atas, saya mengajar mereka kemahiran asas Olahraga iaitu Lontar Peluru.

Monday, April 14, 2008

Minggu Kesembilan

Pada minggu ini, sekolah agak sibuk kerana ada beberapa hal yang akan dijalankan. Pada hari khamis iaitu 10 april 2008, beberapa orang guru membawa kelas mereka masing-masing (rendah bawah Pra A, darjah 2B dan darjah 3B) melawat beberapa tempat di Bandar Seri Begawan seperti DST (headquarters), RTB dan Muzium Alat-alat Kebesaran Di Raja. Manakala di sebelah petangnya, kami diarahkan untuk membuat jadual perlawanan bola jaring yang akan digunakan pada hari sabtu. Beberapa kali pengajaran saya tidak dapat dijalankan disebabkan oleh beberapa masalah seperti murid tidak dibenarkan turun PE oleh guru kelas mereka dan murid dibawa melawat ke Bandar Seri Begawan.



Manakala, hari sabtu iaitu 12 april 2008 saya sudah berada di Kompleks Sukan Mumong dari pagi kerana sekolah ini menjadi Tuan Rumah bagi Perlawanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Belait. Gelanggang untuk perlawanan ada dua iaitu gelanggang luar dan gelanggang dalam (dewan). Saya juga ditugaskan menjadi pengadil gelanggang luar bagi beberapa perlawanan yang berlangsung pada waktu itu kerana kekurangan pengadil. Pada waktu petang hanya beberapa perlawanan yang berlangsung dan hanya menggunakan gelanggang dalam (dewan) sebagai tempat perlawanan. Perlawanan ini dijuarai oleh Sekolah Rendah Muhammad Alam Seria.


Tuesday, April 8, 2008

Minggu Kelapan

Minggu ini adalah minggu mula buka sekolah setelah murid-murid bercuti selama 10 hari. Pada minggu ini saya mengajar seperti biasa. Selain saya mengajar PE dan Sivik, saya juga diarahkan untuk merelife kelas beberapa kali terutama sekali Darjah 2B kerana ckg mereka berada di hospital untuk beberapa hari. Selain itu, pada 05 April 2008 (Sabtu) iaitu sebelah petangnya saya ditugaskan untuk mengganti salah seorang ckg untuk menjadi kerani Rentas Desa yang diajurkan oleh Sekolah Rendah Kuala Belait. Kawan-kawan saya yang lain seperti Megwati, Marzureen dan Nurziana juga turut serta menjaga murid-murid sekolah ini yang mengikuti rentas desa.