Sunday, May 25, 2008

Minggu ke lima belas

Pada minggu ini, saya masih lagi menyambung fitness test yg minggu lepas. Selain itu, pada petang hari Selasa telah diadakan jamuan perpisahan bagi guru-guru yg hendak pencen dan guru teaching practise.




Monday, May 19, 2008

Minggu Keempat Belas

Pada minggu ini, saya mengadakan ujian kecergasan bagi murid-murid darjah 1B, 2B, 3B, 5B, 6B dan 6C. Selain itu, saya juga menolong guru-guru di sekolah ini melaksanakan ujian kecergasan bagi kelas mereka masing-masing.

Pada minggu yang sama iaitu pada hari Isnin 12 Mei 2008, semua murid darjah 6 telah mengikuti Perkampungan Motivasi PSR Tahun 2008 yang diadakan di Masjid Muhd Jamalul Alam Pekan Belait. Pada hari itu, mereka mengadakan Sembahyang Sunnat Doha atau Hajat beramai-ramai. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti 'Ice Breaking', penerangan mengenai teknik menjawab soalan, penerangan bacaan doa dan ceramah motivasi.

Tuesday, May 13, 2008

Minggu Ketiga Belas

Minggu ini saya mengajar seperti biasa bagi rendah bawah saya mengajar kemahiran bola jaring iaitu membaling bola paras dada dan melambung bola. Saya menerangkan kepada mereka kegunaan membalinga paras dada adalah digunakan untuk memberi kepada kawan yang berada dekat dengan kita. Manakala, membaling secara lambung adalah digunakan untuk memberi kawan kita yang berada jauh. Bagi Rendah atas pula saya mengarahkan mereka untuk melakukan kemahiran lari 4 x 10m dan lari selang petak sebagai latihan ulangkaji untuk 'fitness test' mereka yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Hubungan saya dengan anak murid semakin rapatsetelah saya mengajar mereka dalam beberapa bulan ini. Tingkah laku sebenar mereka sudah dapat saya lihat dan tahu apa kemahuan serta kemampuan mereka masing-masing. Walaupun ada segelincir anak murid yang nakal di setiap kelas yang saya tidak dapat tangani, jika saya marahi mereka akan faham dan mahu melakukan apa yang saya arahkan. Kadang kala kerenah dan kenakalan murid akan membuat saya tidak ada mood untuk mengajar. Saya akan mengarahkan mereka untuk bermain bola, futsal atau bola jaring. Itulah antara kelemahan saya dalam mengajar.

Tuesday, May 6, 2008

Minggu Kedua Belas

Pada minggu ini, saya mengajar seperti biasa tetapi terdapat beberapa kelas pengajaran saya tidak dapat dilaksanakan kerana murid tidak diturunkan oleh guru kelas mereka. Dibawah ini saya sertakan beberapa keping gambar kerenah murid darjah 6B ketika di dalam kelas PE mereka.









Selain itu, kami juga ditugaskan oleh guru-guru di sini untuk membantu mereka men'staple' kertas 'Kem Motivasi' bagi daerah Belait yang dikhaskan untuk murid-murid darjah 6. Manakala pada 1 Mei 2008, sekolah ini menjadi tuan rumah bagi ujian bertulis darjah 2 dan darjah 3 Sekolah-sekolah Kerajaan Kuala Belait untuk Pertandingan Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh Brunei Shell Petroleum Berhad (BSP). Pada hari itu, saya ditugaskan di bahagian pendaftaran darjah 2.