Sunday, March 2, 2008

Minggu Kedua

Pada hari Isnin, saya akan mengajar PE dua kelas dalam satu masa iaitu darjah 3B dan 3C iaitu dari pukul 8.30 hingga 10.00 pagi. Mula-mula saya agak susah untuk mengawal mereka kerana terlalu ramai dan sukar bagi saya untuk mengenali serta meningati nama mereka. Semasa melakukan aktiviti pengajaran saya, saya terpaksa membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil supaya saya senang menjalankan aktiviti berkumpulan itu mengikut giliran. Mereka seperti kelas yang lain suka membuat bising setelah dilarang diam sekejap kemudian bising lagi. Saya cuma takut suasana bising ini akan menganggu kelas lain yang sedang belajar di bagunan yang berdekatan dengan dewan. Pada hari itu, saya mengajar mereka kemahiran asas sukan Larian. saya menyediakan mereka permainan kecil yang dinamakan 'Sarang Burung'. Mereka semua berasa seronok dengan permainan itu. Kelemahan saya adalah sukar untuk mengawal dua kelas dalam satu masa. Seronoknya mengajar sekolah rendah ini mereka mudah dan teruja untuk ikut serta dalam aktiviti yang telah disediakan. Pada pukul 11.30 pagi - 12.30 tghari saya diarahkan untuk menjaga darjah 2B di dalam bilik RELA 3 mereka. Sepanjang saya menjaga mereka, saya mengarahkan mereka untuk mengeluarkan buku english mereka dan membaca sama fahaman yang telah mereka pelajari.


Pada hari kedua, pukul 7.30 hingga 8.30 pagi saya mengajar darjah 1B yang mana kelas saya perlu berkongsi dewan dengan darjah 1A. Murid-murid dalam kelas 1B ini agak nakal sedikit terutama sekali dua murid lelaki yang bernama Yazid dan Iqbal. Mereka suka meganggu kawan-kawannya yang lain. Saya mengajar mereka kemahiran asas sukan larian sama seperti yang saya telah ajarkan kepada darjah 3. Selepas itu, saya akan menyambung mengajar darjah 5B pada pukul 8.30 - 10.00 pagi. Saya mengajar mereka kemahiran asas lompatan (6 jenis lompatan) dan menyediakan permainan kecil yang dinamakan 'Belalang Belatok'. Saya tidak dapat menjalankan aktiviti permainan kecil itu kerana kelas saya perlu berkongsi dewan dengan darjah 5A dan 5 C kawasannya agak sempit.


Hari ketiga, pada sebelah pagi pada pukul 8 hingga 9 pagi saya, Megawati dan Sarena diarahkan untuk mengawasi murid-murid darjah 4 hingga 6 membersihkan kawasan Masjid Belait. Pada pukul 9 pagi hingga 9.30 pagi saya akan mengajar sivik darjah 5B. Saya mengajar mereka mengenai tajuk 'Tolong-Menolong'. Syukur saya dah agak selesa mengajar mata pelajaran ini walaupun tidak sempurna mana. Mereka pun faham dengan apa yang saya sampaikan dengan memberi tindak balas dengan soalan yang saya kemukakan secara lisan dan kebanyakkan mereka dapat membuat latihan dengan betul.


Hari keempat, saya telah mengajar darjah 2B pada pukul 8.30 - 10.00 pagi dengan tajuk kemahiran asas sukan larian. Mereka sudah mula membiasakan diri dengan pengajaran saya dah tahu lang-langkah yang saya akan laksanakan. Manakala pada hari sabtu adalah hari kelepasan awam sempena Hari Kebangasaan yang ke 24 tahun.

No comments: