Tuesday, March 4, 2008

Minggu Keempat (Minggu Peperiksaan)

Minggu ini, kami ditugaskan untuk menjaga murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan mengikut jadual waktu masing-masing. Bagi murid-murid Rendah Bawah mereka hanya menduduki peperiksaan selama dua hari iaitu dari hari Isnin hingga Selasa sahaja. Manakala murid-murid bagi Rendah Atas akan menduduki peperiksaan selama empat hari iaitu bermula hari Isnin dan berakhir pada hari Khamis.

Saya akan mengajar subjek PE seperti biasa pada hari Khamis bagi darjah 2B iaitu pukul 8.30 - 10.00 pagi dan darjah 6B pada hari Sabtu iaitu bermula pada pukul 7.30 - 9.00 pagi. Bagi pengetahuan cikgu, setiap hari sabtu bagi selepas perbarisan pagi dalam pukul 7.15 - 7.30 pagi murid-murid akan melakukan Senamrobik dengan irama yang akan didemonstrasikan oleh guru-guru yang ditugaskan. Selain itu, guru perempua juga akan mengadakan latihan bermain bola jaring dengan murid-murid yang akan mengikuti perlawan bola jaring antara sekolah-sekolah daerah Belait. Kadang-kadang aktiviti ini akan mengambil masa yang agak lama yang menyebabkan sesi pengajaran terlewat.

No comments: