Sunday, March 2, 2008

Pengalaman Minggu Pertama

Pada hari pertama, saya datang ke sekolah sebelum pukul 7. Setiap hari sekolah ini akan mengadakan perhimpunan pagi kecuali hari khamis iaitu bermula pukul 7 sehingga pukul 7.15 pagi. Pada hari khamis pula sekolah ini akan mengadakan bacaan Yassin atau Tahlil di Dewan Sekolah. Pada sebelah pagi, kami cuma duduk di dalam bilik rehat guru-guru kerana kami belum diberikan jadual waktu untuk mengajar.

Pada petangnya iaitu pukul 2 sehingga 3 petang, kami dikehendaki hadir untuk diberikan taklimat oleh Guru Besar berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu kami buat sepanjang latihan mengajar di sekolah ini dan kami juga dikenalkan dengan guru-guru mentor dan CT masing-masing. Kami telah diberikan jadual waktu masing-masing dan terus berjumpa dengan mentor dan CT kami. Saya diamanhkan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi darjah 1 hinggalah darjah 6 kecuali darjah 4. Yang mengejutkan saya, saya juga diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Sivik bagi darjah 4 dan darjah 5 walaupun jurusan saya yang sebenar adalah Sukan. Pada mulanya saya tidak berasa yakin untuk mengajar mata pelajaran sivik ini tetapi setelah diberikan penerangan dan nasihat oleh guru-guru sivik, saya setuju untuk mengambil tugas ini sebagai pengalaman baru saya.

Pada hari kedua, kami mengikut CT masing-masing untuk membuat pencerapan cara-cara pengajaran mereka di dalam bilik darjah dan di Dewan. Bagi mengajar PE kadang kala, kelas saya terpaksa berkongsi dewan dengan kelas-kelas lain. Pada sebelah petang pula, kami dikehendaki hadir masyuarat pada pukul 2 petang di dalam Perpustakaan Sekolah. Dalam masyuarat itu banyak informasi dan pengalaman baru yang diperkenalkan kepada kami dan patut kami pelajari, kami semua diberikan taklimat oleh guru besar berkaitan dengan permohonan keluar negeri perlulah dipohon terlebih dahulu sebelum hendak keluar negeri walaupun kami dalam latihan mengajar termasuklah hari-hari kelepasan awam dan cuti sekolah. selain itu, kami juga diajarkan cara-cara untuk mengisi borang 100 jam dan kami juga dikehendaki datang petang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu iaitu pada hari selasa dan rabu.

Saya dan Megawati hanya diberikan 1 hari saja untuk membuat pencerapan tentang cara mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sivik dan hari seterusnya kami diarahkan untuk mengajar kelas yang telah diberikan mengikut jadual masing-masing dengan menggunakan Persediaan Mengajar cikgu-cikgu CT. Di dalam seminggu ini, kami diberi kelonggaran untuk mengajar murid-murid dengan menggunakan persediaan mengajar yang telah dibuat oleh CT masing-masing. Memang saya terasa tetekan dan gemuruh untuk mengajar di depan murid dan CT buat pertama kali terutama sekali apabila mengajar Sivik.

Hari ketiga, saya sudah mula mengajar sivik darjah 5B dan telah dicerap oleh CT saya. Mengajar Sivik merupakan pengalaman baru bagi saya dan pada hari itu saya mengajar agak kucar kacir sedikit. Ini kerana saya tidak membuat persediaan apa-apa sebabnya saya berfikir saya hanya mencerap CT saya mengajar rupanya saya yang akan mengajarnya sendiri. Saya baru tahu pada hari itu, kami akan mula mengajar. Selain itu, saya juga diarahkan untuk menjaga darjah 5A pada pukul 11.30 hingga 12.30 tghari.


Sebelum saya mula mengajar PE, saya telah diberikan tugas untuk menjaga darjah 1B. Setelah itu saya mengajar darjah 2B bagi subjek PE pada hari khamis adalah merupakan pengalaman saya yang pertama menghadapi murid-murid tanpa CT. Mula-mula saya agak gementar serta kurang keyakinan dan takut mereka tidak berapa faham dengan apa yang akan saya ajarkan kepada mereka pada hari itu. Sepanjang pengajaran saya, syukur allhamdulillah mereka faham apa yang saya sampaikan kepada mereka walaupun mereka masih kecil. Masalah yang saya sering hadapi adalah berkenaan dengan 'class management'. kadang kala mereka mengerti dilarang sekali kemudian mereka buat lagi tapi setelah dimarahi baru mereka mengerti.


Pada hari sabtu, pada sebelah pagi pada pukul 7.30 hingga pukul 9.30 kami diarahkan untuk menjaga anak-anak murid pertandingan melukis dan mewarna di dalam kelas bagi darjah 4 - darjah 6 dan di dalam dewan bagi darjah Pra hingga 3. Selepas rehat pula, sekolah ini mengadakan Rentas Desa dan kami 5 orang diarahkan untuk menjaga pancang masing-masing yang berdekatan dengan rumah Pegawai Daerah Belait sehingga pukul 11 pagi. Pada minggu pertama kami sudah banyak pengalaman dan tahu serba sedikit selok belok bagaimana hidup menjadi seorang guru di sekolah rendah.

No comments: