Sunday, May 25, 2008
Minggu ke lima belas
Monday, May 19, 2008
Minggu Keempat Belas
Pada minggu yang sama iaitu pada hari Isnin 12 Mei 2008, semua murid darjah 6 telah mengikuti Perkampungan Motivasi PSR Tahun 2008 yang diadakan di Masjid Muhd Jamalul Alam Pekan Belait. Pada hari itu, mereka mengadakan Sembahyang Sunnat Doha atau Hajat beramai-ramai. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti 'Ice Breaking', penerangan mengenai teknik menjawab soalan, penerangan bacaan doa dan ceramah motivasi.
Tuesday, May 13, 2008
Minggu Ketiga Belas
Tuesday, May 6, 2008
Minggu Kedua Belas
Friday, April 25, 2008
Minggu Kesebelas
Tuesday, April 22, 2008
Minggu Kesepuluh
Monday, April 14, 2008
Minggu Kesembilan
Tuesday, April 8, 2008
Minggu Kelapan
Monday, March 31, 2008
Mingu ke Tujuh (Minggu Cuti Penggal Pertama)
Minggu Keenam
Friday, March 14, 2008
Minggu Kelima
Sunday, March 9, 2008
Bilik EPPS
Wednesday, March 5, 2008
Pengalaman Baru Saya
Tuesday, March 4, 2008
Minggu Keempat (Minggu Peperiksaan)
Saya akan mengajar subjek PE seperti biasa pada hari Khamis bagi darjah 2B iaitu pukul 8.30 - 10.00 pagi dan darjah 6B pada hari Sabtu iaitu bermula pada pukul 7.30 - 9.00 pagi. Bagi pengetahuan cikgu, setiap hari sabtu bagi selepas perbarisan pagi dalam pukul 7.15 - 7.30 pagi murid-murid akan melakukan Senamrobik dengan irama yang akan didemonstrasikan oleh guru-guru yang ditugaskan. Selain itu, guru perempua juga akan mengadakan latihan bermain bola jaring dengan murid-murid yang akan mengikuti perlawan bola jaring antara sekolah-sekolah daerah Belait. Kadang-kadang aktiviti ini akan mengambil masa yang agak lama yang menyebabkan sesi pengajaran terlewat.
Sunday, March 2, 2008
Minggu Ketiga (Minggu Ulangkaji)
Pada hari Selasa, saya mengajar PE seperti biasa pada pukul 7.30 - 8.30 pagi mengajar darjah 1B dan pukul 8.30 - 10.00 pagi mengajar darjah 5B. Untuk darjah 5 hingga 6 saya akan mengarahkan mereka untuk melakukan beberapa latihan kecergasan seperti Lompat Jauh Berdiri, 'Push Up' dan 'Shuttle Run' dengan memberikan mereka borang ujian kecergasan supaya senang bagi mereka merekod segala pencapaian yang telah mereka jalankan sepanjang waktu kelas PE mereka.
Pada hari Rabu, saya hanya ada 30 minit untuk mengajar Sivik sahaja dan saya tidak ada mengajar kelas PE. Pada masa saya yang tidak mengajar, saya telah diarahkan oleh Mentor dan CT untuk menolong mereka menstaple kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 dan 2 bagi Darjah 6 dan menjaga darjah 3B.
Pada hari Khamis, pada pukul 8.00 pagi saya diarahkan untuk membantu cikgu-cikgu English untuk mempotostat Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 1 dan 2. Selepas itu, saya ada kelas dari pukul 8.30 - 10 pagi mengajar darjah 2B. Pada pukul 11.30 - 12.30 tghari saya diarahkan untuk me'relief' darjah 4A. Saya mengarahkan mereka untuk turun ke dewan untuk bersukan kerana diwaktu itu sememangnya kelas PE mereka yang sepatutnya diajarkan oleh guru mereka sendiri disebabkan guru mereka tidak hadir kerana membawa murid ke xpo maths jadinya saya yang menganti sementara mengajar mereka PE.
Pada hari Sabtu, saya akan mengajar PE bagi darjah 6B bermula pada pukul 7.30 sehingga pukul 9 pagi di dalam dewan di mana kelas saya perlu berkongsi dengan darjah 6A dan 6C yang dibiarkan oleh guru PE mereka untuk memlakukan aktiviti masing-masing. Ini adalah kali pertama saya masuk mengajar bagi kelas ini (darjah 6B). Saya ajar mereka sama tajuk pelajaran yang saya sudah ajarkan pada darjah 5B. Pada pukul 10.30 - 11.00 pagi saya diarahkan untuk merelief darjah 6A dan mengarahkan mereka untuk membuat latihan ulangkaji yang telah disediakan oleh guru bahasa melayu mereka.
Minggu Kedua
Pada hari kedua, pukul 7.30 hingga 8.30 pagi saya mengajar darjah 1B yang mana kelas saya perlu berkongsi dewan dengan darjah 1A. Murid-murid dalam kelas 1B ini agak nakal sedikit terutama sekali dua murid lelaki yang bernama Yazid dan Iqbal. Mereka suka meganggu kawan-kawannya yang lain. Saya mengajar mereka kemahiran asas sukan larian sama seperti yang saya telah ajarkan kepada darjah 3. Selepas itu, saya akan menyambung mengajar darjah 5B pada pukul 8.30 - 10.00 pagi. Saya mengajar mereka kemahiran asas lompatan (6 jenis lompatan) dan menyediakan permainan kecil yang dinamakan 'Belalang Belatok'. Saya tidak dapat menjalankan aktiviti permainan kecil itu kerana kelas saya perlu berkongsi dewan dengan darjah 5A dan 5 C kawasannya agak sempit.
Hari ketiga, pada sebelah pagi pada pukul 8 hingga 9 pagi saya, Megawati dan Sarena diarahkan untuk mengawasi murid-murid darjah 4 hingga 6 membersihkan kawasan Masjid Belait. Pada pukul 9 pagi hingga 9.30 pagi saya akan mengajar sivik darjah 5B. Saya mengajar mereka mengenai tajuk 'Tolong-Menolong'. Syukur saya dah agak selesa mengajar mata pelajaran ini walaupun tidak sempurna mana. Mereka pun faham dengan apa yang saya sampaikan dengan memberi tindak balas dengan soalan yang saya kemukakan secara lisan dan kebanyakkan mereka dapat membuat latihan dengan betul.
Hari keempat, saya telah mengajar darjah 2B pada pukul 8.30 - 10.00 pagi dengan tajuk kemahiran asas sukan larian. Mereka sudah mula membiasakan diri dengan pengajaran saya dah tahu lang-langkah yang saya akan laksanakan. Manakala pada hari sabtu adalah hari kelepasan awam sempena Hari Kebangasaan yang ke 24 tahun.
Pengalaman Minggu Pertama
Pada petangnya iaitu pukul 2 sehingga 3 petang, kami dikehendaki hadir untuk diberikan taklimat oleh Guru Besar berkenaan dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu kami buat sepanjang latihan mengajar di sekolah ini dan kami juga dikenalkan dengan guru-guru mentor dan CT masing-masing. Kami telah diberikan jadual waktu masing-masing dan terus berjumpa dengan mentor dan CT kami. Saya diamanhkan oleh pihak sekolah untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi darjah 1 hinggalah darjah 6 kecuali darjah 4. Yang mengejutkan saya, saya juga diarahkan untuk mengajar mata pelajaran Sivik bagi darjah 4 dan darjah 5 walaupun jurusan saya yang sebenar adalah Sukan. Pada mulanya saya tidak berasa yakin untuk mengajar mata pelajaran sivik ini tetapi setelah diberikan penerangan dan nasihat oleh guru-guru sivik, saya setuju untuk mengambil tugas ini sebagai pengalaman baru saya.
Pada hari kedua, kami mengikut CT masing-masing untuk membuat pencerapan cara-cara pengajaran mereka di dalam bilik darjah dan di Dewan. Bagi mengajar PE kadang kala, kelas saya terpaksa berkongsi dewan dengan kelas-kelas lain. Pada sebelah petang pula, kami dikehendaki hadir masyuarat pada pukul 2 petang di dalam Perpustakaan Sekolah. Dalam masyuarat itu banyak informasi dan pengalaman baru yang diperkenalkan kepada kami dan patut kami pelajari, kami semua diberikan taklimat oleh guru besar berkaitan dengan permohonan keluar negeri perlulah dipohon terlebih dahulu sebelum hendak keluar negeri walaupun kami dalam latihan mengajar termasuklah hari-hari kelepasan awam dan cuti sekolah. selain itu, kami juga diajarkan cara-cara untuk mengisi borang 100 jam dan kami juga dikehendaki datang petang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu iaitu pada hari selasa dan rabu.
Saya dan Megawati hanya diberikan 1 hari saja untuk membuat pencerapan tentang cara mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sivik dan hari seterusnya kami diarahkan untuk mengajar kelas yang telah diberikan mengikut jadual masing-masing dengan menggunakan Persediaan Mengajar cikgu-cikgu CT. Di dalam seminggu ini, kami diberi kelonggaran untuk mengajar murid-murid dengan menggunakan persediaan mengajar yang telah dibuat oleh CT masing-masing. Memang saya terasa tetekan dan gemuruh untuk mengajar di depan murid dan CT buat pertama kali terutama sekali apabila mengajar Sivik.
Hari ketiga, saya sudah mula mengajar sivik darjah 5B dan telah dicerap oleh CT saya. Mengajar Sivik merupakan pengalaman baru bagi saya dan pada hari itu saya mengajar agak kucar kacir sedikit. Ini kerana saya tidak membuat persediaan apa-apa sebabnya saya berfikir saya hanya mencerap CT saya mengajar rupanya saya yang akan mengajarnya sendiri. Saya baru tahu pada hari itu, kami akan mula mengajar. Selain itu, saya juga diarahkan untuk menjaga darjah 5A pada pukul 11.30 hingga 12.30 tghari.
Sebelum saya mula mengajar PE, saya telah diberikan tugas untuk menjaga darjah 1B. Setelah itu saya mengajar darjah 2B bagi subjek PE pada hari khamis adalah merupakan pengalaman saya yang pertama menghadapi murid-murid tanpa CT. Mula-mula saya agak gementar serta kurang keyakinan dan takut mereka tidak berapa faham dengan apa yang akan saya ajarkan kepada mereka pada hari itu. Sepanjang pengajaran saya, syukur allhamdulillah mereka faham apa yang saya sampaikan kepada mereka walaupun mereka masih kecil. Masalah yang saya sering hadapi adalah berkenaan dengan 'class management'. kadang kala mereka mengerti dilarang sekali kemudian mereka buat lagi tapi setelah dimarahi baru mereka mengerti.
Pada hari sabtu, pada sebelah pagi pada pukul 7.30 hingga pukul 9.30 kami diarahkan untuk menjaga anak-anak murid pertandingan melukis dan mewarna di dalam kelas bagi darjah 4 - darjah 6 dan di dalam dewan bagi darjah Pra hingga 3. Selepas rehat pula, sekolah ini mengadakan Rentas Desa dan kami 5 orang diarahkan untuk menjaga pancang masing-masing yang berdekatan dengan rumah Pegawai Daerah Belait sehingga pukul 11 pagi. Pada minggu pertama kami sudah banyak pengalaman dan tahu serba sedikit selok belok bagaimana hidup menjadi seorang guru di sekolah rendah.
Monday, February 18, 2008
Kelas RELA 3
Friday, February 8, 2008
SEKOLAH AHMAD TAJUDDIN, KUALA BELAIT
Nama Guru Besar Sekolah ini ialah Cikgu Hjh Siti Ajija Bte Abdullah. Terdapat 33 orang guru yang ditempatkan mengajar di sekolah tersebut. Selain itu, hanya terdapat 18 buah bilik darjah ini tidak termasuk dengan bilik-bilik khas. Perjalanan saya untuk sampai ke sekolah tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit dan saya perlu melalui beberapa buah bangunan kerajaan, sebuah Sekolah Rendah, sebuah Masjid dan beberapa buah kedai di Pekan Belait.
Sekolah ini mempunyai dua buah bangunan iaitu sebuah bagunan lama dan sebuah bangunan baru. Di sekolah ini, terdapat 1 buah Dewan , sebuah Padang Bola, 1 kawasan Lapang yang digunakan untuk bermain bola jaring, 3 buah bilik 'RELA', 2 buah bilik Komputer yang dilengkapi dengan 2 'interactive whiteboard', 1 buah bilik EPPS (English Program Pre School), 1 bilik Sains, 1 bilik Sumber (Rujukan), 1 buah bilik 'SENA', sebuah Klinik Gigi, sebuah Perpustakaan, sebuah bilik Ibadat dan sebuah Kantin.